​Kepentingan Tadbir Urus Korporat

​Lembaga, Panel Pelaburan dan pengurusan kana KWAP menyedari kepentingan prinsip tadbir urus korporat dalam mengendalikan hal ehwal KWAP dan syarikat-syarikat pelaburannya.

Berdasarkan keyakinan bahawa pelaburan dalam syarikat-syarikat yang diurus dengan baik dari perspektif tadbir urus korporat akan memberikan pulangan yang lebih tinggi dan risiko yang lebih rendah dalam jangka masa panjang, KWAP telah memilih untuk menjadi proaktif dalam aktiviti pemegang saham. Dalam konteks ini, aktiviti pemegang saham proaktif merujuk kepada tadbir urus korporat dan isu-isu yang berkaitan dengan tanggungjawab syarikat dari aspek sosial dan alam sekitar yang berkaitan dengan operasi mereka.

Kepentingan ini dikuatkan lagi dalam persekitaran masa kini yang tidak menentu ekonominya di mana aktiviti pemegang saham, kesannya terhadap tadbir urus korporat akan memastikan hanya pelaburan diurus dengan baik dari segi kecekapan dan pematuhan kepada nilai-nilai etika yang ketat dikekalkan.

KWAP amat menyokong tanggapan bahawa aktiviti pemegang saham merupakan satu tugas yang tidak akan ditanggung sepenuhnya oleh pengawal selia (contohnya: Bursa Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti). Dengan dasar-dasar dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh pengawal selia, akan memberi pemegang saham kedudukan yang terbaik untuk menguatkuasakan hak-hak mereka.
 
Skop dan Tujuan:

  • Prinsip tadbir urus korporat dan garis panduan mengundi digunapakai bagi pelaburan ekuiti KWAP dalam syarikat-syarikat tersenarai. Untuk memastikan kohensi kepada peraturan, ia adalah berpandukan saranan pengawal selia dan mengambil kira terhadap Panduan Tadbir Urus Korporat Bursa Malaysia dan Kod Suruhanjaya Sekuriti Tadbir Urus Korporat.
  • Tujuan dokumen ini adalah sebagai garis panduan bagi KWAP dalam mengawal hal ehwal syarikat-syarikat pelaburan dan cara KWAP akan mengundi untuk resolusi yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan/ Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa.
  • Corporate Governance Principles and Voting Guidelines Version 2